Monday 22 July 2013

permainan

http://www.proprofs.com/games/crossword/bab-13-sumbangan-mesir-purba/

http://bn.game-game.com/27139/

Seperti yang kita ketahui, permainan adalah prakasa yang berkesan untuk murid-murid belajar sejarah. Oleh itu, marilah kita cuba web-web yang tersenarai di atas!!

Q&A


1. Bagaimanakah proses memumiakan mayat dijalankan?

Melalui proses memumiakan mayat, organ dalaman seperti hati, perut, otak dan jantung dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam baling supaya mayat bertahan lebih lama.

2. Siapakah firaun wanita yang pertama?

Firaun Hatshepsut merupakan firaun wanita yang pertama di Mesir. Beliau telah menukarkan padang pkiasir kepada kawasan pertanian yang subur.

3. Bagaimanakah wujudnya horoskop?

Horoskop berpunca dari satu kepercayaan bahawa semua objek di langit seperti matahari bulan dan planet lain mengelilingi bumi, apabila mereka bergerak mengelilingi maka mereka mampu mempengaruhi kehidupan semua manusia di bumi. Walaubagaimanapun, kepercayaan horoskop terbatal apabila satu penemuan menunjukkan bumi mengelilingi matahari melalui orbit dan bukannya menjadi pusat cakerawala.

4. Siapakah firaun termuda dalam sejarah Mesir Purba?

Firaun bernama Tutankhamun merupakan firaun termuda dalam sejarah Mesir Purba. Beliau menjadi firaun sejak berusia 9 tahun. Walaupun begitu, Firaun Tutankhamun mati pada usia 18 tahun dipercayai dibunuh berdasarkan imbasan x-ray pada mumia beliau.

5. Apakah Keistimewaan Sungai Nil?

Sungai Nil adalah satu-satunya sungai di muka bumi ini yang mengalir dari selatan ke utara. Ini bermakna, jika dilihat di dalam peta ia seolah-olah mengalir ke atas.


6) Bagaimana mereka mengawetkan mayat raja-raja keturunan Fir'aun itu? .

 Untuk mengawetkan mayat ada beberapa teknik yang mereka lakukan.

Pertama: otak dan organ dalaman tubuh hendaklah dikeluarkan terlebih dulu.
Kedua: kemudian mayat dinyahhidratkan selama 40 hari dengan menggunakan bahan natron iaitu garam mineral campuran sodium bikarbonat, sodium karbonat dan sedikit sodium klorida dan sodium sulfat.
Ketiga: rongga mayat tadi dimasukkan kain linen, pasir dan habuk kayu dan dimampatkan.
Keempat: Kulit mayat disapu dengan herba khas dan cairan dari damar.
Kelima: mayat dibungkus dengan kain linen - teknologi membuat tekstil sudah ada, mereka boleh mendapatkan linen dengan mudah. Mungkin bagi keperluan raja-raja Mesir ketika itu.

7)Bagaimanakah proses pembentukan tamadun Mesir Purba berlaku?




• Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa .
• Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan .
• Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan petempatan .
• Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah .
•Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .

8)Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku?



• Bermula daripada zaman Neolitik .
• Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
• Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan keruntuhan .
• Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani dan Rom.











Friday 12 July 2013

pertanian

Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun mesir purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintahan mesir purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10000hektar. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang mesir purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.



perubatan



Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.


sumbangan tamadun mesir purba kepada ketamadunan dunia

Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang mesir purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.

Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya,iaitu hieroglif. Keagungan tamadun mesir purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

                                                                      Sungai Nil
                                                                        hieroglif

piramid

Sumbangan utama Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina,iaitu piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep,iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser(3150S.M.). Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.