Friday 12 July 2013

sumbangan tamadun mesir purba kepada ketamadunan dunia

Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang mesir purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.

Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya,iaitu hieroglif. Keagungan tamadun mesir purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

                                                                      Sungai Nil
                                                                        hieroglif

No comments:

Post a Comment